โUNIQLOโ adalah sebuah jenama pakaian antarabangsa yang tidak asing lagi, khususnya buat penggemar-penggemar fesyen yang berada di Malaysia dan seluruh dunia secara amnya. Jenama Uniqlo diasaskan oleh usahawan terkemuka Jepun, iaitu Tadashi Yanai pada tahun 1984. Secara asasnya, jenama ini dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat berstatus pegangan awam (public holding), iaitu syarikat โFast Retailing Co. Limitedโ yang berpusat di wilayah Yamaguchi, bahagian selatan negara Jepun. Menurut sejarah, syarikat โFast Retailing Co. Ltdโ atau nama asalnya; โOgori Shoji Co. Ltdโ telah dibangunkan oleh bapa Tadashi, iaitu Kanichi Yanai pada tahun 1963 dengan modal berbayar sebanyak ยฅ6 Juta Yen. Empayar fesyen ini sebenarnya bermula 14 tahun lebih awal, iaitu pada tahun 1949, setelah Kanichi Yanai membuka perusahaan menjual dan menjahit (tailor) pakaian lelaki di Bandar Ube, Yamaguchi yang dikenali sebagai โMenโs Shop Ogori Shojiโ. Tadashi Yanai kemudiannya mula mengambil bahagian di dal...
Comments
Post a Comment