‘UNIQLO’ adalah sebuah jenama pakaian antarabangsa yang tidak asing lagi, khususnya buat penggemar-penggemar fesyen yang berada di Malaysia dan seluruh dunia secara amnya. Jenama Uniqlo diasaskan oleh usahawan terkemuka Jepun, iaitu Tadashi Yanai pada tahun 1984. Secara asasnya, jenama ini dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat berstatus pegangan awam (public holding), iaitu syarikat ‘Fast Retailing Co. Limited’ yang berpusat di wilayah Yamaguchi, bahagian selatan negara Jepun. Menurut sejarah, syarikat ‘Fast Retailing Co. Ltd’ atau nama asalnya; ‘Ogori Shoji Co. Ltd’ telah dibangunkan oleh bapa Tadashi, iaitu Kanichi Yanai pada tahun 1963 dengan modal berbayar sebanyak ¥6 Juta Yen. Empayar fesyen ini sebenarnya bermula 14 tahun lebih awal, iaitu pada tahun 1949, setelah Kanichi Yanai membuka perusahaan menjual dan menjahit (tailor) pakaian lelaki di Bandar Ube, Yamaguchi yang dikenali sebagai ‘Men’s Shop Ogori Shoji’. Tadashi Yanai kemudiannya mula mengambil bahagian di dal...
Menurut catatan dari Wikipedia, karakter dan budaya Santa Claus dalam sambutan perayaan Krismas dianggap sebagai salah satu amalan sekularisme yang diterima oleh masyarakat Kristian hari ini (lebih kurang macam amalan memberi duit raya semasa perayaan Aidilfitri) sebagai salah satu budaya dalam sambutan perayaan Krismas, dan budaya pemberian hadiah oleh Santa Claus ini dikatakan bermula dengan gabungan karakter seorang tokoh paderi Ortodoks Yunani bernama Saint Nicholas dengan kisah-kisah mitos Nordic. Di tempat berbeza ia dikenali sebagai karakter tokoh yang berbeza seperti menurut budaya Inggeris, Santa Claus berasal dari Father Christmas , dan di Belanda dikenali sebagai Sinterklaas (juga berdasarkan Saint Nicholas). Seperti tokoh pemberian hadiah lain untuk musim sebegini, Santa Claus juga menyerap unsur-unsur dewa Jermanik bernama Wodan , yang dikaitkan dengan peristiwa pagan Yule pada pertengahan musim sejuk iaitu peristiwa Wild Hunt yang dilakukan di atas ‘langit’. ...
Comments
Post a Comment